Ada pendatang Baru Dalam kelas 5Sc2

Hurmm..kalau tak silap aku..budak baru tu nama Aqif.  ( Kalau tak silap aku lar ) .. Aku tak berapa nak ambil tau sangat..tu pun sebab Arinah yang cakap kat aku. Apa-apapun.." Welcome to our class !!! " ( untuk budak baru tu ja..bukan korang )

Lagi satu.. " Tahniah untuk ko orang baru..kerana telah menggemparkan kelas 5Sc2 semalam.. " Semalam punya la kecoh, konon-kononnya ada budak baru.. Ada yang kata lelaki, dan ada gak yang kata perempuan. Sekarang dah terbongkar semuanya... Rupa-rupanya budak baru tu lelaki. ( tengok nama lar..Aqif..mesti untuk lelaki kan? )

Okay...maih aku cita pasal suasana kelas aku selepas datangnya budak asing tu, ehh bukan..budak baru tu. Oya... korang kenal kan? Alaa..kawan baek aku tu... Haisshhh...dia ni laa... aku ingatkan bila ada budak baru tu, dia 'malu' la sikit.. Rupanya sangkaan aku meleset. Waktu awal-awal pagi lagi dia dah wat 'perangai' dia tu. Ada ka patut waktu Sejarah tadi, dia boleh bersila dalam kelas makan nasi lemak. Cikgu suruh wat kerja Sejarah, Oya duk wat 'kerja' dia.

Oya..oya.. apa nak jadi kat ang ni.. Aku tak tau la budak baru tu nampak ker tak. Kalau dia nampak.. mesti dia cakap ang ni tak senonoh..hahahaaa Tapi takpa Oya, ang tak hipokrit... betul tak??

Tadi aku cakap pasai Oya.. ni aku nak cakap pasai kaduk lak.  Kaduk ni lagi sorang. Duk wat gak 'perangai' dia yang huduh tu.. Aduyaiii...kawan aku ka ni?? Tadi aku tanya Kaduk, budak baru tu nama apa..sembang tak lagi dengan dia.. Korang tau dia jawab apa??.. " Huh..watpa aku nak tau.. aku ego tinggi.. " Ciss...ang ni Kaduk.. tak patut tol... Waktu Bio tadi.. Oya cakap kat aku kata Kaduk mesti tengah perkenalkan dia ( Oya ) kat budak baru tu.. siap tunjuk-tunjuk lak tu..

Okay..tu satu hal.. tengok-tengok.. Kaduk cakap kat aku yang dia pun perkenalkan aku kat budak tu... ( jangan cakap pasai aku yang buruk-buruk sudah ) Ikwan perkenalkan aku sebagai ' Intan' dan Syifa sebagai 'Permata'..Amboiiii Ikwannnn...nak perli nampak..... Fitri plak..aku tak pasti lar dia dah baek dengan budak baru tu ker tak lagi.. Aku tengok dia tak habis-habis duk menyengih ja dari tadi..hu

Apa-apapun..budak tu ada ker..takdak ker... hidup aku tak terganggu pun..haha ( chewahh..ayat.... ) XD


* Kepada kawan-kawan baek aku.. Oya, Cipa, Ikwan, Kaduk dan Fitri.. jangan sebab ada kawan baru..ampa lupakan aku lak...hahahaaa

* Kepada Aqilah plak.. Sory aku tak mention nama ang..sebab tadi aku tak lepak dengan ang... Sorry..sorry..




No comments:

Post a Comment


Get your own Digital Clock